Thursday, April 7, 2011

Kepentingan Makanan Kesihatan

Untuk menjamin kesihatan secara optimum dan memastikan fungsi sel yang baik, diet harian kita perlulah mengandungi kesemua nutrien yang penting. Ada sesetengah nutrien yang diperlukan memrlukan sukatan yang lebih tinggi dari apa yang dapat dibekalkan dengan makanan seharian. Adalah satu kesilapan jika anda menganggap dengan membeli penokok zat terkini dan mungkin berbeza dapat membantu mengimbangi keperluan zat seharian. Perlu diingatkan bahawa pemakanan perlulah seimbang serta lengkap. Kerana itulah produk-produk Usana dihasilkan berdasarkan kajian dan penemuan saintifik untuk pamakanan manusia.

Selain itu, tubuh manusia, tanpa kita ketahui sering diserang oleh radikal-radikal bebas yang membawa kesan buruk hingga mampu membinasakan sisitem pertahanan anti oksida kita. Oleh itu, produk Usana telah direka untuk membekalkan spektrum nutrien dan anti oksida yang lengkap lagi seimbang bagi membantu menggantikan pemakanan yang kurang baik dan mengatasi kerosakan radikal bebas.

Wednesday, April 6, 2011

Selamat Datang!

Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman blog ini. Secara khususnya, blog ini akan membincangkan tentang pengambilan makanan kesihatan secara berterusan dalam menjalani kehidupan seharian. Di sini kita akan membincangkan mengapa perlunya kita mempertimbangkan untuk mula mengambil makanan kesihatan yang betul dan berterusan.
Saya berharap para pembaca akan terus-terusan meningglkan komen yang membina dan segala persoalan dapat kita bincangkan bersama dalam tujuan kita mencapai kesihatan yang optimum dan berterusan.
Selamat Datang saya ucapkan dan saya mendoakan supaya kita dikurniakan kesihatan yang terbaik.