Untuk menjamin kesihatan secara optimum dan memastikan fungsi sel yang baik, diet harian kita perlulah mengandungi kesemua nutrien yang penting. Ada sesetengah nutrien yang diperlukan memrlukan sukatan yang lebih tinggi dari apa yang dapat dibekalkan dengan makanan seharian. Adalah satu kesilapan jika anda menganggap dengan membeli penokok zat terkini dan mungkin berbeza dapat membantu mengimbangi keperluan zat seharian. Perlu diingatkan bahawa pemakanan perlulah seimbang serta lengkap. Kerana itulah produk-produk Usana dihasilkan berdasarkan kajian dan penemuan saintifik untuk pamakanan manusia.
Selain itu, tubuh manusia, tanpa kita ketahui sering diserang oleh radikal-radikal bebas yang membawa kesan buruk hingga mampu membinasakan sisitem pertahanan anti oksida kita. Oleh itu, produk Usana telah direka untuk membekalkan spektrum nutrien dan anti oksida yang lengkap lagi seimbang bagi membantu menggantikan pemakanan yang kurang baik dan mengatasi kerosakan radikal bebas.
No comments:
Post a Comment